Wednesday, May 14, 2008

ayat seribu dinar

mahfumnya :

barangsiapa yg bertakwa kpd Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yg tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kpd Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapatkan ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah dapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. dengan izin Allah swt, hanya beliau seorang sahaja yang terselamat dari bencana itu. di antara khasiat dan fadhilat Ayat Seribu Dinar ini ialah :-

1) dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara
2) menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah
3) dibaca ketika hendak menaiki kenderaan
4) dan ketika di rasakan perlu

so, sebagai seorang yg berugama islam, better everyone hafal ayat seribu dinar ini...mudah-mudahan kita sentiasa dilindungi rahmat Allah yang Esa.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home