Monday, August 25, 2008

kawan
usah sia-siakan hidup yang singkat ini
di masa inilah kita berpeluang
mengukir sebuah kejayaan
meraih sebanyak mana pengalaman
lantaran masa mendewasakan
kita mula curiga
terhadap diri sendiri

lihat saja kanak-kanak itu
riang gembira mengejar rerama
betapa suci pemikiran mereka
betapa bersinar jiwa mereka

kawan
sinar kita adalah di mata
bukan di jiwa
kerana jiwa kita ternoda
oleh pelbagai rencah duniawi
kita yang alpa hanyut bersamanya
dan akhirnya terdampar di muara

lihat saja warga itu
pengunjung setia pekan sehari
mengenal pisang emas, pisang kebatu
ikan tamban, ikan selar
dan elok isi buah durian
mereka suri sebuah mahligai
membawa syurga di tapak kaki
mereka orang berpengalaman
mendidik kita manusia terbilang
bukan manusia haram

kawan
bicaralah pada diri sendiri
andai tiada yang sudi mendengar
bicaralah tentang kehidupan
tentang sebuah impian masa hadapan
tentang kepahitan masa lalu
menitilah di batasan sawah yang teguh
bukan di jambatan emas yang rapuh

benar
tiada insan yang sempurna
sentiasa berubah pada tiap ketika
menjadi seorang yang kejam
kerana kehidupan ini menyakitkan
emosi jadi tidak keruan
keperibadian hilang

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home