Friday, November 21, 2008

syurga di hati kita....

indahnya cinta di syurga
menjadi impian semua
cinta antara kita
adakah setanding adam dan hawa
yang akhirnya tertendang di bumi nyata
bukan lagi di syurga

syurga di hati kita
mewangi bak kuntuman bunga
idaman jejaka dan dara
adakah abadi selamanya

syurga di hati semua
jadikannya titik nyata
yang kita berpijak di alam maya
bukan ciptaan siber
semuanya dipundak kita
bahagia dan derita

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home