tika malam
hatiku digigit perasaan ini lagi. halusinasi halus yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. tika bayu senja melabuhkan tirai, jiwa ini bagaikan merintih. rintihan sekeping hati yang tidak punya suara. tentunya perasaan sebegini bukan kali pertama baginya. tidak lagi butuh waktu untuknya mengira.
pintanya pada angin lalu agar perasaan ini tidak lagi hadir. biarlah ianya terus lenyap dimamah waktu. kerana dia tidak punya kuasa untuk meredakan sekeping hati miliknya sendiri.
apakah dia bisa? perasaan benci, sayang, rindu, risau, gundah, cinta, kasih, takut, sedih, gementar, sebak itu bagaikan sebati dengan dirinya. apakah yang ada lagi pada dirinya jika semua perasaan itu pergi begitu saja....
TENTUNYA DIA AKAN MENJADI GILA.....

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home