Monday, August 25, 2008

kawan
usah sia-siakan hidup yang singkat ini
di masa inilah kita berpeluang
mengukir sebuah kejayaan
meraih sebanyak mana pengalaman
lantaran masa mendewasakan
kita mula curiga
terhadap diri sendiri

lihat saja kanak-kanak itu
riang gembira mengejar rerama
betapa suci pemikiran mereka
betapa bersinar jiwa mereka

kawan
sinar kita adalah di mata
bukan di jiwa
kerana jiwa kita ternoda
oleh pelbagai rencah duniawi
kita yang alpa hanyut bersamanya
dan akhirnya terdampar di muara

lihat saja warga itu
pengunjung setia pekan sehari
mengenal pisang emas, pisang kebatu
ikan tamban, ikan selar
dan elok isi buah durian
mereka suri sebuah mahligai
membawa syurga di tapak kaki
mereka orang berpengalaman
mendidik kita manusia terbilang
bukan manusia haram

kawan
bicaralah pada diri sendiri
andai tiada yang sudi mendengar
bicaralah tentang kehidupan
tentang sebuah impian masa hadapan
tentang kepahitan masa lalu
menitilah di batasan sawah yang teguh
bukan di jambatan emas yang rapuh

benar
tiada insan yang sempurna
sentiasa berubah pada tiap ketika
menjadi seorang yang kejam
kerana kehidupan ini menyakitkan
emosi jadi tidak keruan
keperibadian hilang

Monday, August 18, 2008

trip to penang


i'm going to penang last thursday..attend my sis konvo kt usm. skali jln2x pusing penang. hahaha..aku x pernah sampai sana actually. my very first time & merasa naik ferry. we going to visit batu feringghi, teluk bahang, padang kota & pusing2x town.memang ramai orang cini kt sana.hahaha...feringghi cantik..maizun kate rasa macam kt mauritius...rase aku macam teluk chempedak je...cantik sikit feringghi jer...x dan nak naik bukit bendera because dh sakit kepala jalan satu hari..jammed kepala maa...tgh jalan balik kl dan lg singgah taiping.melawat sedara mara sebelah sedara moyang belah datuk tiri abang sedara punya adik ipar...kahkahkah..macam ape je...kitorang g zoo taiping laa...best gak..jln2x abiskan duit.....

18th August 2008

todays is my primary school fren wedding.happy wedding day to her. hope she will loving each other until forever. ever after..today is my best luck day actually. although early morning i got stuck because of heavy rain, but i can keep smiling until evening. i got a new job.yahooo...thank you ALLAH. syukur alhamdullilah. actually i don't hope to get this but macam tu lah.kalau tak mengharap sangat, tak lah aku pucat sgt muka nk mghadap tukang interview. just go smooth and tu la aku cakap. cam tak caya.i keep ask her i dah dapat ke kerja ni? kahkahkah...

i hope my life going better after this with a new environment and of course new salary too. SYUKUR ALHAMDULLILAH...

Tuesday, August 12, 2008

even sorry seem to be the hardest words

Thursday, August 7, 2008

ALL ABOUT TIME...
HAKIKATNYA MASA BERLALU SEPANTAS KILAT
SELALUNYA TIDAK KITA SEDARI
JARANG SEKALI KITA PEDULI
KADANG-KADANG HANYA MENOLEH SEPI
APA YANG DIBUAT HARI INI
ADAKAH MENDATANGKAN ERTI

ALL ABOUT TIME...
HARI INI LAGI
PINTAKU AGAR CEPAT PERGI
AGAR BISA AKU SEMBUHKAN SEKEPING HATI
YANG TERTOREH DEK KELALAIAN SENDIRI

ALL ABOUT TIME...
HARI SEMALAM SEAKAN CEPAT BERLARI
BELUM SEMPAT UNTUK KU KECAPI
NIKMAT HIDUP DUNIAWI
INDAHNYA ALAM CIPTAAN ILAHI

ALL ABOUT TIME
DATANG DAN PERGI
MENGUJI KEIMANAN DIRI
HARGA SEKEPING HATI