Tuesday, August 25, 2009

Wajah2 Mangsa Kebakaran

Marilah kita berdoa & menghulurkan sedikit bantuan demi meringankan beban mangsa..


hantu rambut merah


ni gambar br yg aku letak kt skype....
suma takut
hahahaha...
ini namanya hantu rambut merah..
ada bran? bulan posa kasi upload gambar cam gini....

5 ramadhan 1430H

semalam, ada sorang budak baru yg tak sampai seminggu masuk keja bukak mulut...
"perggg...ko tau aku blh abiskan sebatang rokok kt bwh td..."
gua dh ternganga..biar betul mamat ni..sihat ke x?...
"ko apahal..dh tak btul?"
"weh, serius aku tak ingat...blh cina belakang tu offer aku rokok..apa lagi..aku isap la..abis sebatang br aku igt aku puasa..."
aku tutup mulut cepat dan bukak balik...
"aku nk ckp ko bengong boleh x?"
umat tu bantai gelak....
"sumpah aku lupa.."
tak agak2x abis sebatang baru igt...(dlm hati aku je)

hari 1st puasa dia duk kutuk kwn dia merangkap office mate aku gak, g mintak roti canai kt mamak bukit mahkota...
"mati2x aku igt dia nk beli topup kt kedai mamak..rupanya blh dia g mintak roti canai..."
dia siap jerit "oittt, ko x pose ke..."
dgn muka bersalah, terus kawan dia tu kluar...
siap blh kna sound dgn mamak lg suhdtg lg esok...
itu ok la, umat tu blum mkn....
si hayriel ni lg teruk..
cehhhhhh, biar
dia lupa.....

Friday, August 21, 2009

salam ramadhan 1430H...

selamat berpuasa semua
semoga ibadah kita di bulan yang mulia ini diterima YANG ESA
sama2x berdoa agar mendapat kerahmatan & keberkatannya...

Thursday, August 20, 2009

Tindakan nekad....

semalam, intercom aku berbunyi..dlm pukul 5..tanpa ragu aku angkat cepat tp tetiba aku jd down bila dgr satu suara di talian..milik yg aku pasti tahu apa tujuannya mengintercom aku..aku tgk jam..lg satu jam nk balik, sibuk....plus menyesal aku angkat call dia...

pukul 6, aku still sibuk2x buat kerja..bukan buat2x sibuk, tp mmg ada keja btul..pukul 6.30, aku kemas stationery yg bersepah atas meja..susun suma ketas2x kerja...ah, duk lama2x xde paedahnya juga..bukannya ot aku berbayar..baik aku chau...

tindakan nekad aku hr ini utk tinggalkan dia pasti mengundang amarah..lantak kau...aku dijadikan bukan utk jaga hati suma org..benda yg mmg untungkan dia & susahkan aku mmg xde faedah...

Thursday, August 13, 2009

kalo kt bangsar village tu, terasa ramainya manusia yg kaya raya...berbeza dgn jln2x tawar brg kt petaling street.abih tawar, blah..hangin cina tua tu

semlm, kami adik beradik melawat mak saudara yg bakal mengerjakan umrah sepanjang bln ramadhan ini..berpuasa & berhari raya di tanah suci...just pergi melawat..bertemu muka..

bukan benda tu yg nk di highlightkan di sini...tp kami suma kagum dgn kemewahan sepupu kami yg merangkap anak kpd mak saudara sblh ayah...fulamak..aku xleh cita la beb..cannot go la org yg kaya sgt ni..naik segan ooo..

BEVERLY HEIGHT...segah nama & of couse la tmpt bermastatautinnya manusia yg kaya & terlebih wang...agak2x la sepanjang idup ni, blh tak kita punya wanh sebanyak itu...porche, merz, mahligai corner lot kt BEVERLY HEIGHT..walauweiiii...seram sejuk badan gua..jln kt sna mcm x pijak bumi oo..menongkat langit...

sapa ada 2million..jom kita carik corner lot kt sana...

tlg jgn cari aku ye.....

next week isnin ngan selasa, aku kt kg..onleave this 2 days..brapa bln dh aku x balik? ntah..malas nk ingat..yg pasti esok mlm aku smpai kt kb...welcome home org kg...sepermegiannku, tlg jgn rindui aku..hahaha..

Wednesday, August 12, 2009

MJ last unseen photo


sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH dan yang buruk itu datang dari kita sendiri..renung2xkan & selamat beramal..

perbezaan semut & manusia

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN